Home

Pengedar Sah produk Secretleaf Cawangan Tangkak,Johore.


Bersama keluarga


      Asslamualaikum dan Salam 1 Malaysia juga Salam Ramadhan dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung blog saya yang tak seberapa ini.Saya baru menceburi perniagaan produk kesihatan ini lebih kurang setahun yang lalu,dan saya tiada kedai mahu pun premis perniagaan ,sekadar berniaga dari rumah dan tempat kerja untuk menambahkan pendapatan .Sasaran pelanggan saya adalah bagi pengguna di sekitar kediaman saya iaitu di Tangkak,Johor.Selain itu bagi pelanggan yang tinggal berhampiran seperti dari daerah Muar,Jasin dan Segamat juga banyak menghubungi saya bagi mendapatkan produk ini.Produk ini telah terkenal,dan ramai juga pembeli yang telah mencubanya , membeli semula produk ini memberikan komen positif dan ini meransang saya untuk membuka blog ini bagi meningkatkan lagi strategi perniagaan saya.
      Disini saya ingin memperkenalkan diri saya secara ringkas,saya adalah seorang surirumah yang bekerja .telah dikurniakan 3 cahayamata dan mempunyai seorang suami yang memahami,jadi lebih kurang setahun yang lalu saya telah menyahut cabaran untuk terus maju dan menyertai strategi pemasaran sebuah syarikat yang berpengkalan di ibu negara ,yang memfokuskan kepada produk kesihatan dan kecantikan iaitu " SECRETLEAF SDN BHD" dimana syarikat ini mempunyai beberapa produk kesihatan yang sesuai digunakan baik bagi wanita dan juga lelaki malah sesuai pula digunakan oleh seisi rumah pada masa yang sama.Untuk itu ,saya telah memberanikan mendaftar sebagai wakil pengedar sah produk dari syarikat tersebut bagi Cawangan Tangkak,daerah Ledang,Johor.Kos permulaan agak tinggi ,kerana setiap agen yang ingin membeli produk tersebut,perlu membeli minima 10 unit item yang tersenarai dengan harga yang telah ditetapkan.Jadi bagi saya yang cuma berpendapatan tidak seberapa,jumlah tersebut sedikit membebankan jugak pada peringkat awalnya,namun itu semua tidak mematahkan semangat saya untuk terus menceburi bidang ini.Seterusnya saya telah berjaya mendaftar dan menjadi wakil pengedar produk bagi syarikat ini seperti yang tertera di laman web syarikat tersebut